Kehadiran
industrialis yang ramai dalam masyarakat Amerika pada ketika itu menunjukkan
kelebihan masyarakat tersebut dan kualiti institusinya. Salah satu ciri-ciri
yang kelihatan dalam masyarakat tersebut adalah sentiasa mempunyai alasan kukuh
untuk berusaha ke arah kecemerlangan sebagai ahli saintis dan teknologi, dan
sentiasa terdapat bekalan pencetus wawasan yang sentiasa ingin mengambil risiko
dan mengumpul dana untuk menampung risiko tersebut. Apa yang wujud adalah
sebuah kombinasi kukuh untuk perkembangan inovasi.
George
Eastman merupakan Henry Ford kepada filem dan kamera. Beliau memulakan Eastman
Kodak dan melancarkan kamera pasaran massa pertama pada tahun 1888. Pada masa
itu kos untuk memiliki kamera adalah US$1 dan produknya sangat kecil serta
mudah digunakan –“apa hanya perlu klik, kami akan lakukan selebihnya (all you
need to do is click, we’ll do the rest).” Syarikat milik Eastman beterusan
menentukan definisi filem dan fotografi sehinggga menjadi sinonim dengan jenama
Kodak.
Selama
bertahun-tahun, detik untuk merakamkan sesuatu peristiwa telah dikenali sebagai
“Detik Kodak” (Kodak Moment) untuk ramai orang. Ketika kemuncaknya padad tahun
1970an, syarikat itu mengupah seramai 150,000 pekerja di serata dunia dan
mendominasi filem dan fotoggrafi. Namun pada 19 Januari tahun ini, Kodak
memfailkan perlindungan daripada penghutangnya sementara mencari lebih kredit
untuk bertahan selama mungkin bagi menampung dan mengukuhkan kewangannya.Ini
adalah perkara yang dilakukan bagi setiap syarikat untuk perlindungan daripada
jatuh muflis. Kita berkemungkinan besar akan menyaksikan pengakhiran Kodak
sebagai sebuah syarikat.
Kodak
adalah sebuah syarikat yang dibina berlandaskan pengetahuan dan teknologi.
Hingga hari ini, asset terbesarnya adalah pelbagai paten yang dimilikinya,
simbol kehebatan teknikal Kodak. Walaupun tidak ketara, berdasarkan keadaan
pada masa ini, Kodak adalah syarikat pertama yang mengeluarkan kamera digital.
Kodak memiliki teknologi yang mampu menjadi pendahulu dalam fotografi digital,
tetapi menolaknya dan menangguhkan usaha tersebut kerana bimbang perniagaan
filem yang didominasinya akan dimusnahkan.
Sementara
itu, kemunculan jenama baru dalam dunia fotografi yang hampir keseluruhannya
daripada Jepun, seperti Canon, Nikon, Fuji dan Olympus menentukan definisi baru
dan menarik pasaran filem digital dan fotografi yang lebih besar. Kodak telah
ketinggalan, dengan kelebihan teknologi tinggi yang tidak lagi relevan kepada
pengguna.
Dapat
disimpulkan bahawa Kodak telah luput daripada pasaran bukan kerana produknya
yang tidak boleh digunapakai, tetapi sebab kekurangan kemampuan untuk mencipta
produk baru. Kodak tahu cara untuk mengeluarkan kamera digital tetapi menolak
untuk berbuat sedemikian kerana Kodak sebuah syarikat pengeluar filem yang
dominan. Kodak menolak untuk mengorbankan sesuatu demi satu perkara yang lebih
besar di masa hadapan.
Canggung
rasional dalam perubahan ini adalah kegagalan mengorbankan keuntungan jangka
pendek untuk keuntungan jangka panjang. Kesukaran untuk melakukan perkara ini
terbukti boleh membawa kemusnahan waima syarikat perintis seperti Kodak.
Syarikat tersebut sememangnya cemerlang dalam apa yang dilakukannya dan hingga
ke hari ini Kodak masih ulung dalam bidang pengimejan. Ini menjadikan realiti
sesebuah kejatuhan boleh memperdayakan dimana tahap kejatuhan sesuatu perkara
itu tidak disedari sehingga sudah terlambat. Ini seperti penyakit kencing manis
berbanding penyakit kronik yang biasanya mengambil nyawa anda secara cepat dan
serta-merta.
Kisah
Kodak ini mengingatkan saya kepada reformasi berterusan di Malaysia. Kita tidak
dapat mengubah apa-apa sekiranya kita sentiasa melakukan perkara yang sama.
Potensi pengeluaran akan kekal di takuk lama. Pada masa ini, kita melihat
potensi perkembangan ekonomi telah menurun selama dua dekad, sebuah kejatuhan
secara gradual/berperingkat sebelum 1998 kepada dekad sebelum kemelesetan
ekonomi yang terbaru pada tahun 2009. Potensi perkembangan ekonomi kini berada
pada lingkungan 4.5% hingga 5.5% dengan kejatuhan seiring dengan masa.
Penggerak
utama dalam ekonomi Malaysia adalah sektor sumber aslinya. Kita menikmati
kelebihan daripada segi persaingan dalam sektor ini sama ada daripada gas dan
minyak ataupun minyak sawit. Firma milik Malaysia dalam sektor ini mahir dalam
bidang masing-masing menjadikan mereka berdaya saing. Tanpa pelaburan baru
dalam penerokaan minyak dan gas, jumlah keseluruhan pelaburan mungkin cuma
hanya diperolehi daripada urusniaga hartanah semata-mata.
Jika
tidak kerana bekalan minyak mentah dan minyak masak, firma milik Malaysia tidak
akan mendapat keuntungan daripada permintaan yang tinggi terhadap komoditi.
Kemungkinan besar, pendapatan yang dijana oleh harga komoditi yang baik – yang
paling baru selepas permintaan menggalakkan penggunaan peribadi – menyumbang sebahagian
besar perkembangan meluas yang kelihatan beberapa tahun kebelakangan.
Secara
keseluruhannya, ini perkembangan positif yang menjurus kepada lebih perlakuan
yang berulang. Sememangnya, beberapa logik dalam inisiatif masa kini sedang
mengikut corak yang sama.
Walaubagaimanapun,
kisah Kodak telah menunjukkan bahaya bergantung telalu lama kepada sesuatu yang
baik pada keadaan semasa. Kisah perubahan dan transformasi adalah tentang
membangunkan keupayaan baru dan melakukan perkara baru. Keadaan harga relatif
buat masa ini, yang menentukan insentif dan perbuatan rasional, melarang kita
daripada menggunakan peruntukan daripada sumber asli untuk perkara-perkara
baru. Kita tidak boleh berterusan meluaskan kawasan untuk tanaman minyak sawit,
contohnya. Kita juga tidak boleh bergantung kepada penemuan telaga minyak
semata-mata sebagai sumber pembangunan dan menjana pulangan modal kewangan.
Oleh
itu, pelaburan dalam peluang seperti ini adalah sesuatu yang wajar daripada
segi kewangan buat masa ini sama seperti melaburkan pulangan ini untuk kelas
hartanah terpilih. Namun, bidang ekonomi akan menjurus kearah tahap pulangan
yang semakin berkurangan dengan cepat sekiranya ini satu-satunya sumber untuk
pembangunan.
Objektif
transformasi seharusnya melakukan sesuatu yang tidak rasional pada masa ini
bagi mendapatkan kedudukan yang lebih baik pada masa hadapan. Jadi, bagaimana
kita memastikan sumber - kewangan dan tenaga kerja - diperuntukkan kepada
perusahaan baru walaupun dengan adanya pulangan menarik dengan hanya melakukan
perkara yang sama?
Dalam
konteks Malaysia, campurtangan polisi perlu memfokuskan kepada harga dan kos
kegagalan dalam menangani struktur insentif untuk pelabur dan usahawan. Secara
semulajadi, akan ada manusia yang mengambil risiko, tetapi juga secara
semulajadi, manusia kadangkala sudah kedalun dengan tabiat lama. Jika hukuman
untuk kegagalan menjadi keterlaluan, pemeliharaan diri akan memaksa sikap
berhati-hati dan pengelakan risiko.
Undang-undang
muflis tidak seharusnya wajib dikenakan ke atas syarikat dan orang persendirian
yang telah mencuba dan gagal. Undang-undang yang bersifat menguntungkan
golongan yang menawarkan pinjaman perlu diseimbangkan. Ideanya untuk tidak
menghukum kegagalan, tetapi untuk bersikap adil kepada semua pihak bergantung
kepada keadaan dan untuk mengelakkan penipuan.
Mereka
yang telah mencuba dan gagal patut kembali bertindak secepat mungkin kerana
mereka lebih berpeluang untuk berjaya daripada mereka yang tidak mencuba
langsung. Polisi kepada tenaga kerja kadang-kadang menjadi punca penghalang
sesebuah produktiviti. Polisi imigresen yang songsang antara salah satu contoh.
Penarikan semula polisi ini akan menunjukkan sama ada terdapat usaha serius
dalam reformasi tenaga kerja.
Pasaran
kewangan dan modal juga perlu memberi peruntukkan yang cukup kepada idea dan
bidang yang baru. Sikap tidak sabar untuk memperolehi pulangan tinggi dengan
cepat pada masa yang singkat hanya akan mengulangi perkara sama yang sedang
berlaku. Sementara perkembangan modal sememangnya penting, apa yang tiada di
Malaysia adalah bekalan modal berisiko dan kemahiran menguruskan modal
berisiko. Sepatutnya ada lebih banyak dana modal niaga untuk melabur dalam
benih-benih idea mula tumbuh dan melawan nafsu untuk buat perkara yang biasa.
Salah
satu cara menghapuskan gangguan harga dalam ekonomi domestik yang wujud dalam
kemewahan sumber adalah seperti apa yang telah dilakukan di Norway dan Chile.
Norway sebuah negara kecil dengan hasil minyak yang besar. Pada mulanya
dinamakan Dana Minyak (Oil Fund) tetapi kini dikenali sebagai Dana Petroleum
Kerajaan(Government Petroleum Fund). Sumber dana itu diperolehi daripada caj
dan keuntungan yang diperolehi daripada industri minyak.
Walaupun
kerajaannya mempunyai akses ke atas dana itu, ideanya untuk mengasingkan
ekonomi domestik daripada lebihan minyak mentah. Ini sebuah dana kepunyaan
generasi Norway masa hadapan dan sebahagian besarnya dilaburkan di luar negara
bagi mengelakkan gangguan dalam negeri. Chile melakukan perkara yang sama ke
atas Dana Penstabilan Ekonomi dan Sosial (Social and Economic Stabilisation
Fund) terhadap keuntungan yang diperolehi daripada perlombongan tembaga.
Mekanisma
ini secara efektif telah memiliknegarakan sewa ekonomi yang diambil daripada
sumber asli dan diasingkan daripada ekonomi dalam negara. Dengan cara ini,
harga relatif dalam ekonomi sedia ada tidak terganggu dengan sewa berdasarkan
sumber asli. Ini merupakan salah satu cara melepaskan diri daripada kesan
gangguan sumber yang menjadi penghalang kepada Malaysia selain turut menjadi
salah sebuah pertukaran kekayaan antara-generasi serta bertindak sebagai dana
kecemasan kepada kerajaan, Malasyia sepatutnya memikirkan secara serius
mekanisma-mekanisma ini.
Apa
yang diperlukan Malaysia hari ini adalah apa yang telah wujud di Amerika
Syarikat semasa Kodak dicipta - bekalan para saintis dan teknologi yang baik
serta bekalan pakar inovasi dan usahawan serta sebuah persekitaran yang
menggalakkan tingkahlaku mengambil risiko lebih daripada kelakuan yang patuh
atau pak turut semata-mata.
Perkara
ini memerlukan perubahan radikal kepada banyak insititusi. Kita sedang berada
dalam detik Kodak.
Sumber:
http://www.khazanah.com.my/About-Khazanah/Our-Case-Studies/Khazanah-360/A-Kodak-moment-and-Malaysia-s-economic-reforms?lang=ms-my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan