"BLOG INI KHAS UNTUK PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN.TERIMA KASIH KERANA JADI PENGGUNA BIJAK"

LANGKAH BAGI MENJADIKAN PASARAN DIGITAL LEBIH ADIL

Akses ke internet yang adil dan selamat -- Sesetengah populasi dunia masih di luar talian. Sementara itu, beberapa pembekal perkhidmatan internet mengehadkan akses ke pelbagai link sempit atau mengenakan topi data yang tidak adil. Kami percaya pada dunia di mana semua orang mempunyai hak akses kepada perkhidmatan internet yang berkualiti dan terbuka. 

Tindakan terhadap penipuan -- Pada tahun 2017, jualan e-dagang global mencapai $ 2.29 trilion, tetapi hampir 70% pengguna bimbang pembayaran digital mereka tidak selamat. Pada era globalisasi ini, semakin sukar untuk mencegah penipuan dalam talian. Kita haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi serta menangani amalan ketidakadilan dan tidak beretika oleh penjual dalam talian. Hal ini perlu diberikan perhatian agar proses perbelanjaan dalam talian dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Perlindungan yang lebih baik dalam talian -- 49% daripada pengguna internet yang tidak pernah membeli-belah dalam talian disebabkan ketidakpercayaan terhadap internet. Pengguna perlu mengetahui hak-hak mereka serta perlindungan yang diberikan. Ganti rugi boleh didapatkan sekiranya terdapat apa-apa masalah pada perkhidmatan ataupun barang yang dibeli.

Kesimpulannya, menuju ke arah negara maju, Malaysia harus memastikan pasaran digital lebih adil agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.

Sumber: https://yeexunlihpm2018.blogspot.my/

TEROKA PASARAN DIGITAL DI KOREA SELATAN

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), ASEAN-Korea Centre (AKC) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengadakan bengkel bagi syarikat tempatan meneroka potensi pasaran di Korea Selatan khususnya dalam sektor kandungan digital.

Pengurus Kanan, Jabatan Promosi Eksport dan Akses Pasaran Matrade, Azahar Mohamed berkata, platform itu menyediakan perkongsian maklumat menerusi pengalaman Korea Selatan dan amalan terbaik untuk membangunkan industri animasi dan permainan.

“Bengkel ini adalah platform tepat buat syarikat Malaysia bukan sahaja untuk memahami trend perniagaan industri bernilai tinggi itu, tetapi juga strategi untuk mengakses pasaran Korea Selatan menerusi kerjasama,” katanya ketika ditemui pada acara itu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/teroka-pasaran-digital-di-korea-selatan-1.608436#ixzz5BkmSUFOO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

sumber: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/teroka-pasaran-digital-di-
korea-selatan -1.608436

SYARIKAT TAK LAKSANA PELABURAN DIGITAL BERDEPAN RISIKO

KUALA LUMPUR: Syarikat yang masih tidak memulakan langkah dalam pelaburan digital dijangka paling berisiko terkesan susulan ledakan perniagaan digital tahun ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan Dimension Data, 'blockchain', bersama dengan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, robotik dan realiti maya berpotensi untuk mengganggu rantaian perniagaan sedia ada dan membentuk semula perniagaan digital pada tahun ini.

Bagaimanapun, laporan itu mendedahkan, trend paling mendapat perhatian adalah penggunaan 'Blockchain' - teknologi di sebalik Bitcoin - dan potensinya untuk mengganggu dan mengubah dunia mata wang, perniagaan dan masyarakat menggunakan pelbagai aplikasi.

Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan Dimension Data, Ettienne Reinecke, berkata 'Blockchain' semakin kuat dari hari ke hari.

"Tahun 2016, ketika kita lihat trend perniagaan digital mendominasi pada 2017, kami meramalkan bahawa model transaksi berpusat akan diserang. Ramalan kami tepat.

"Di sektor perkhidmatan kewangan, kami melihat pasaran modal Amerika Syarikat (AS) dan Eropah bergerak ke platform Blockchain, dan aktiviti serupa di pasaran seperti Jepun.

"Ironinya, penjenayah siber yang melakukan serangan ransomware WannaCry baru-baru ini boleh menguasai sebuah kerajaan persekutuan dan menuntut untuk dibayar dalam Bitcoin," katanya dalam laporan itu.

Bitcoin mungkin adalah mata wang kripto tetapi berdasarkan Blockchain dan jika penjenayah siber yakin bahawa Bitcoin menyediakan mekanisme selamat untuk pembayaran tebusan, ia menunjukkan betapa selamatnya sektor Blockchain.

"Saya percaya Blockchain berpotensi untuk benar-benar mengubah keselamatan siber, bagaimanapun industri itu belum benar-benar memenuhi syarat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Dimension Data Malaysia, Henrick Choo berkata tahun 2018 akan menjadi tahun yang menarik bagi perusahaan digital di Malaysia.

"Banyak perniagaan di negara ini sedang menuju ke arah transformasi digital dan kami melihat peningkatan yang ketara dalam perniagaan mereka untuk membina pendekatan inovatif yang memanfaatkan Blockchain dan AI," katanya.

Info

*Teknologi tanpa wayar termasuk 5G dan Gbps Wi-Fi, teknologi suar maya dan frekuensi radio jarak jauh antara trend dijangka berlaku tahun 2018

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2018/01/369551/syarikat-tak-
laksana-pelaburan-digital-berdepan-risiko

EKONOMI DIGITAL PENYUMBANG BESAR KDNK

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan terus memperkasakan ekonomi digital, yang disasarkan bakal menjadi antara penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 25 peratus menjelang 2023.

Ekonomi digital menjadi bidang ekonomi baharu yang akan terus diperkasakan dengan memberikan rakyat akses dan pekerjaan berpendapatan tinggi.

Ia janji yang terkandung dalam Manifesto BN, yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.

Bagi merealisasikan peningkatan sumbangan ekonomi digital kepada KDNK, BN berjanji akan terus memperkasakan ekosistem ekonomi digital melalui geran permulaan, dana pembangunan teknologi dan kerjasama pintar syarikat tempatan dengan ikon teknologi luar negara.

Industri teknologi tinggi juga bakal disemarakkan melalui peningkatan pelaburan langsung asing dalam sektor tertumpu untuk mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga bakal diperkasakan melalui transformasi digital, dengan menyediakan geran dan peluang jaminan kredit bagi memperluas akses pasaran baharu antarabangsa.

BN komited dengan peningkatan ekonomi digital ini kelak dapat mewujudkan satu juta usahawan digital dalam tempoh lima tahun akan datang.

Di peringkat asas, BN berjanji mewujudkan peluang latihan digital di Pusat Internet 1Malaysia bagi menyediakan belia luar bandar untuk pekerjaan alaf baharu.

Selain itu, BN juga komited untuk memacu negara ke arah Revolusi Industri 4.0, bagi mencerakin data besar dalam perencanaan dasar awam dan menentukan hala tuju teknologi tuntas.

Najib berkata, BN juga komited dalam usaha menuju ke arah kerajaan digital melalui penambahan aplikasi atas talian demi meningkatkan tahap kecekapan, membasmi rasuah dan meminimumkan ketirisan dalam perkhidmatan awam.

BN bakal memperkenalkan aplikasi iKepoh bagi membolehkan orang awam membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui telefon pintar.

Ini kerana, BN percaya penyertaan rakyat dalam membantu kerajaan membuat keputusan adalah mustahak, memenuhi kehendak masyarakat dengan berlandaskan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

Lantaran itu, BN berjanji akan mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia dikenali sebagai B40 Window, yang merentasi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada keciciran, ketirisan atau ketidakadilan dalam pemberian bantuan.

Bagi memastikan setiap rakyat dapat bersama kerajaan dalam transformasi digital, BN berjanji mewujudkan sekurang-kurangnya satu Pusat Internet di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kegunaan masyarakat setempat dengan kelajuan minima 20 mbps.

INFO
* Mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah asing melalui pengenalan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian.
* Menggubal Akta Berita Palsu bagi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam serta kestabilan ekonomi.
* Menggubal Akta Dana Politik bagi memantau sumbangan dan perbelanjaan parti politik di Malaysia.
* Mewujudkan Ombudsman untuk menyiasat sebarang aduan awam mengenai ketidakadilan dan kelemahan perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
* Meningkatkan ketelusan PBT dengan mewajibkan siaran langsung setiap kali ahli majlis bermesyuarat.
* Mendedahkan laporan audit tahunan PBT untuk tatapan awam.
* Mewajibkan Town Hall bersama penduduk secara berkala yang akan dilaksanakan oleh PBT.
* Merealisasikan transformasi PBT dengan mengaplikasikan keterbukaan maklumat.
* Menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam memperhalusi serta memberi maklum balas mengenai isu berkepentingan awam.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/409056/ekonomi-digital-penyumbang-besar-kdnk

FAHAMI HAK PENGGUNA KETIKA URUSNIAGA DALAM TALIAN

PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) -- Generasi muda perlu memahami hak serta memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing terutamanya apabila berurusan di dalam talian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, kesedaran dan pengetahuan mengenai perkara berkaitan hak pengguna apabila berurusan secara dalam talian boleh mengelakkan penipuan.

"Rakyat hendaklah jelas dengan kuasa pengguna yang mereka miliki, bijak dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam situasi tertentu terutamanya apabila berhadapan dengan kes-kes penipuan dalam talian," katanya dalam ucapan pada Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini.

Teks ucapan Hamzah dibacakan oleh timbalannya, Datuk Henry Sum Agung.

Hamzah berkata tema sambutan pada kali ini iaitu 'Menjadikan Pasaran Digital yang Lebih Adil' bertujuan memberi penekanan kepada hak pengguna dalam dunia digital masa kini.

Sumber: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1444990

INFO SEPUTAR DUNIA INTERNET DAN PEMASARAN DIGITAL

Digital Marketing atau pemasaran digital adalah suatu bentuk usaha mempromosikan dan memasarkan sebuah merek (brand) dengan menggunakan media digital, seperti internet.

Digital marketing kini merupakan strategi yang sangat popular dan digunakan oleh hampir sebahagian besar marketers di seluruh dunia. Hal ini merupakan dampak dari meningkatnya dunia internet dan teknologi, sehingga membuat internet menjadi market yang sangat prospektif.

Digital marketing juga turut ditandai dengan munculnya berbagai Digital Agency, baik di dunia mahupun digital agency di Malaysia. Digital Agency adalah perusahaan konsultan yang akan membantu usaha atau bisnes Anda dalam berbagai hal yang berkaitan dengan dunia digital, misalnya dalam ruang lingkup kerja marketing, promosi, teknologi, kreatif, development dan lain sebagainya.

Digital marketing mencakup banyak teknik dan praktik yang terkandung dalam kategori pemasaran internet. Digital marketing juga turut menggabungkan faktor fikologis, humanis, antropologi, dan teknologi yang akan menjadi media baru dengan kapasitas besar, interaktif, dan multimedia. 

Digital marketing akan menghasilkan interaksi antara produsen, perantara pasar, dan konsumen. Digital marketing juga memiliki banyak kelebihan yang tidak dimiliki oleh strategi marketing konvensional (off line marketing), diantaranya adalah dalam hal measurement atau tolak ukur keberhasilan dari sebuah strategi. Digital marketing memiliki banyak tools untuk mengukur seberapa besar efektifitasnya, misalnya dengan menggunakan Google Analytic. (Berbagai sumber)

Sumber : http://www.info-digitalmarketing.com/2013/12/pengertian-digital-marketing.html

KERAJAAN KINI TUMPUKAN AGENDA EKONOMI DIGITAL

KUALA LUMPUR - Ekonomi digital kini menjadi satu daripada agenda dan tumpuan penting kerajaan yang dilihat berpotensi menyumbang sekitar 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata dalam menggerakkan ekonomi digital, pembangunan ekosistem digital yang kondusif perlu dititikberatkan bagi merangsang pertumbuhan industri dalam bidang tersebut.

Katanya ia termasuk menerusi pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membolehkan ekosistem digital diwujudkan dengan lebih cepat kerana peraturan dan garis panduan baharu yang akan dihasilkan memudahkan pemain industri mematuhi segala keperluan Kerajaan.

"Sebagai contoh, pembinaan Pusat Data di Iskandar Malaysia (Johor) membolehkan pemain industri lebih berminat melakukan aktiviti  ekonomi digital di Malaysia dengan kos yang lebih efektif.


"Ini kerana Rangka Kerja Harga Capaian akan ditambah baik bagi menggalakkan persaingan dan perkongsian infrastruktur dalam kalangan penyedia perkhidmatan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama bersempena genap setahun beliau menerajui kementerian itu, di sini.

Dalam pada itu, Salleh turut melahirkan rasa bangga dengan perkembangan semasa industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini termasuk kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia yang telah menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat khususnya melalui pelaburan di dalam dan luar negara serta peluang pekerjaan yang dihasilkan.

Katanya, tahun lepas sahaja, MSC Malaysia telah menyumbang sebanyak RM15.3 bilion kepada KDNK dan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi sejak penubuhan MSC Malaysia dengan nilai pelaburan baharu sebanyak RM5 bilion.

Katanya, nilai pelaburan itu merupakan peningkatan sebanyak 72 peratus berbanding RM2.9 bilion yang diperoleh pada tahun  2014.

Katanya, di samping mewujudkan sebanyak 10,981 peluang pekerjaan pada tahun 2015, sebanyak 4,042 syarikat yang diberikan status MSC Malaysia juga telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM42.1 bilion dan eksport sebanyak RM16.2 bilion melalui  perkhidmatan dan hasil produk ICT yang dibangunkan.

"Pelaksanaan bandaraya siber dan pusat siber MSC Malaysia juga telah diperluaskan di seluruh negara. Sehingga Jun 2016, sebanyak 44 bandaraya siber dan pusat siber telah beroperasi di seluruh negara," katanya.

Mengenai perkembangan terkini dalam bidang keusahawanan dan perniagaan dalam talian, Salleh berkata program eRezeki  yang diperkenalkan telah menarik sebanyak 76,156 orang daripada golongan B40 untuk berdaftar.

Katanya, sebanyak 30,925 orang pula telah dilatih di bawah program itu dengan sebanyak 22,873 daripada mereka telah menjana pendapatan berjumlah lebih daripada RM15 juta.

Program eUsahawan pula, katanya telah berjaya melatih sejumlah 19,694 pelajar pendidikan teknikal dan latihan vokasional  (TVET) dan usahawan melalui kursus yang telah diikuti dengan sebanyak 5,976 orang telah berjaya menjana pendapatan tambahan melalui  program itu dengan jumlah terkumpul melebihi RM12 juta.

Salleh turut melihat industri kreatif yang berpotensi besar untuk menjana kekayaan dan mewujudkan peluang pekerjaan di negara ini melalui penggalakkan dan eksploitasi harta intelek seterusnya bersaing di pasaran antarabangsa.

Beliau berkata antara cabaran besar industri itu yang perlu didepani ialah penggilapan bakat dan penghasilan kandungan  berkualiti tempatan yang boleh diketengahkan dan diiktiraf di peringkat global.

"Saya telah meminta supaya pembangunan bakat dan kandungan yang berkualiti diberi keutamaan dengan membuat perancangan yang  menyeluruh. Di samping itu, pelan pemasaran yang mantap juga perlu disediakan," katanya.

Beliau menambah, sehingga Jun tahun ini nilai jualan dan pelaburan eksport kandungan adalah sebanyak RM51.2 juta melalui program pasaran filem antarabangsa, sementara nilai kandungan eksport adalah sebanyak RM240 juta.

"Manakala jumlah kutipan filem bagi 24 buah filem yang ditayangkan melalui skim wajib tayang adalah sebanyak RM56.74 juta. Kesemua ini membuktikan industri kreatif mampu menjadi pemacu kepada ekonomi baharu negara," katanya.

Mengenai penghijrahan penyiaran televisyen terrestrial kepada digital menerusi pelaksanaan projek Pendigitalan Penyiaran Nasional, Salleh berkata pelancaran perkhidmatan itu dibuat secara berperingkat disasarkan bermula pada suku keempat tahun ini di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Katanya, sehingga Jun lepas, liputan siaran perkhidmatan televisyen digital telah disediakan kepada hampir 85 peratus kawasan berpenduduk melalui pembinaan 14 stesen pemancar TV di seluruh Negara.

"Sepuluh lagi stesen pemancar TV bakal dipasang pada penghujung tahun 2016 bagi peluasan liputan perkhidmatan TV Digital kepada 91 peratus kawasan berpenduduk," katanya. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kerajaan-kini-tumpukan-agenda-ekonomi-digital-1.547815

EKONOMI DIGITAL PENCETUS KEMAJUAN EKONOMI NEGARA

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kejayaan usahawan digital hari ini membuktikan ekonomi digital bukan sahaja menjadi trend dalam landskap perniagaan global tetapi turut menjadi pencetus kemajuan ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata rakyat wajar merebut peluang itu yang berpotensi menaik taraf kehidupan dan menjadi lebih kompetitif menerusi gelombang ekonomi digital.

"Ekonomi digital adalah satu salah satu sektor yang semakin berkembang dalam situasi perdagangan dengan jumlah organisasi, perniagaan dan pelabur yang semakin bertambah.

"Dunia kita semakin hari semakin berubah. Revolusi digital telah merubah setiap aspek kehidupan harian kita dan cara kita berinteraksi dan berurusan sesama sendiri," katanya ketika berucap pada Malam Gemerlapan Daya e-Usahawan, di sini hari ini.

Salleh berkata kementeriannya dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menggembleng banyak usaha dalam menjalankan pelbagai inisiatif e-Usahawan dengan objektif menyebarkan manfaat ekonomi digital kepada seluruh rakyat.

"Hasil komitmen yang berterusan, sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sudah mencecah 18.2 peratus pada 2016 dan kita sudahpun mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2020," katanya.

Beliau berkata usaha kerajaan dalam menghasilkan lebih ramai ?Wira Digital' melalui ekonomi digital dapat dicapai melalui e-Usahawan dalam menggerakkan rakyat ke arah ekonomi digital di samping memastikan Malaysia terus melangkah untuk mencapai wawasan dan aspirasi negara ke arah negara maju.

"Dalam memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi yang kita kecapi hari ini, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai program dan inisiatif pembangunan ekonomi negara yang berteraskan pembangunan masyarakat. Usaha dan inisiatif ini termasuk usaha membangunkan ekonomi digital negara," katanya.

--BERNAMA

Sumber: http://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=12811:catid=118 &Itemid=254&lang=ms

PEMASARAN DIGITAL VS PEMASARAN TRADISIONAL

Pemasaran merupakan bidang yang telah lama wujud. Ini dibuktikan oleh sejarah perdagangan – tanpa pemasaran, kebarangkalian nenek moyang kita berjaya dalam perdagangan adalah hampir sifar. Jelasnya, dunia teknologi telah mengubah cara kita memasar dan memperdagangkan produk dan perkhidmatan kita. Cara pemasaran telah berubah menjadi lebih mudah. Pemasaran digital merupakan produk hasil daripada aplikasi prinsip pemasaran yang telah lama wujud kepada teknologi komunikasi moden.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan pemasaran digital sehinggakan sesetengah orang mencadangkan sebahagian besar pelaburan disalurkan untuk pemasaran digital. Ada juga yang mencadangkan pemasaran tradisional digantikan terus dengan pemasaran digital. Di dalam artikel nukilannya, Matthew Kates menegaskan bahawa isu pemasaran digital vs pemasaran tradisional bukanlah sesuatu yang harus dibincangkan. Sebaliknya perbincangan harus menumpukan pada bagaimana kedua-duanya bergerak selari kerana kedua-duanya harus patuh pada prinsip pemasaran, dan berkongsi matlamat yang sama.

Di sebalik semua itu, tak dinafikan yang pemasaran digital memiliki lebih banyak kelebihan dan ia melengkapi pemasaran tradisional. Berikut merupakan sebab kenapa pemasaran digital menjadi trend dalam dunia bisnes hari ini

1. Melupuskan sempadan geografi
Internet telah membolehkan kita mencapai pasaran antarabangsa, menghapuskan batas geografi. Untuk memasarkan perniagaan ke penduduk negara mahupun benua lain tidak lagi mahal. Dalam bajet yang kecil berbanding pemasaran tradisional, kita boleh mengakses potensi pengguna dari seluruh dunia.

2. Kepelbagaian
Pemasaran digital membolehkan kita mencapai pengguna dalam pelbagai cara, mencapai lebih banyak jenis audiens dan menawarkan produk dan servis yang lebih luas.

3. Komunikasi dan penglibatan efektif
Jika pemasaran tradisional hanya bertumpu terhadap mendedahkan masyarakat terhadap jenama anda, pemasaran digital membantu perbualan antara syarikat dan pengguna. Anda boleh menggalakkan prospek, klien dan followers untuk melawat laman web anda, menilai produk anda, membeli dan memberi maklumbalas yang dapat dilihat oleh pasaran. Mereka juga boleh bertanya soalan dan respon kita boleh memberi manfaat terhadap audiens yang pasif.

4. Pantas
Internet adalah kepantasan, dan dalam konteks ini pemasaran dapat memberikan anda impak segera. Samada untuk menyebarkan maklumat tentang produk, berkongsi maklumat, membeli, membayar – semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik. Anda tidak perlu lagi menanti berminggu-minggu untuk mengembangkan bisnes anda.

5. Hasil yang boleh diukur
Pemasaran digital mengizinkan anda melihat apa yang berkesan dan apa yang tidak terhadap pemasaran anda, dan anda boleh mula merancang untuk strategi berikutnya dalam masa yang singkat. Jika ianya hampir mustahil untuk mendapatkan data analisis keberkesanan dalam pemasaran tradisional, juruanalisis pemasaran anda boleh menghasilkan laporan lengkap berkenaan kempen pemasaran online anda.

Sumber: http://www.socialmediabeez.com/pemasaran-digital-vs-pemasaran-tradisional-653/

AKTA EKONOMI DIGITAL

Apakah Akta ini?

Akta ini merangkumi beberapa objektif antara luas, termasuk membaik pulih industri penyiaran UK bagi memastikan peralihan radio digital dan penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk semua. Akta boleh menghendaki ISP untuk mengenal pasti pesalah undang-undang hak cipta / anti-cetak rompak. Dan perkara ini telah membawa kepada kebimbangan bahawa banyak pembekal Wi-Fi, seperti kafe, perpustakaan dan universiti.

Fasal 8 Akta Ekonomi Digital adalah bahagian yang paling secara langsung memberi kesan kepada lanun internet. Dalam erti kata lain, mana-mana Alamat Internet Protocol (IP) yang dikenal pasti sebagai punca muat turun secara haram boleh disekat. Mereka yang disyaki pada mulanya akan dimaklumkan melalui surat tentang keselamatan WiFi dan memuat turun mengikut undang-undang untuk membantu mereka memahami tanggungjawab mereka sekiranya orang luar telah menggunakan rangkaian mereka. Jika cara ini tidak berkesan, maka kerajaan mempunyai kuasa untuk meminta ISP melaksanakan apa yang Akta panggilan “langkah-langkah teknikal” dalam menentang penceroboh-penceroboh.

Melindungi rangkaian wayarles anda adalah satu lagi isu utama. Akta Ekonomi Digital meletakkan tanggungjawab pada pemilik Alamat IP. Pemilik bertanggungjawab untuk memastikan rangkaian mereka selamat. Ini kerana sambungan wayarles boleh mencapai beberapa ratus kaki dari router, makna jiran dan pejalan kaki berpotensi untuk mengakses rangkaian tersebut tanpa sebarang kawalan ke atas aktiviti-aktiviti online mereka.

Secara kesimpulannya, Akta Ekonomi Digital direka untuk melindungi para pencipta dan memastikan mereka mendapat pulangan yang adil untuk kerja-kerja mereka dan bersedia untuk mengubah cara rakyat UK berkongsi fail di masa depan.

Ekonomi digital semakin berkembang, bagaimana pula dengan anda?

Sumber: https://www.usahawan.com/umum/apa-itu-ekonomi-digital.html/

APA ITU EKONOMI DIGITAL 2

NEW YORK, 18 Mei — Kerajaan memulakan kerangka kerja ekonomi digital yang inovatif yang akan menjadi kemuncak dalam pembangunan Pelan Induk Digital Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Rabu.

Beliau berkata pendekatan berpusat yang diguna pakai oleh negara itu bertujuan memperoleh peluang-peluang utama yang muncul daripada anjakan dunia daripada analog kepada digital.

“ Berdasarkan perkembangan pesat penembusan jalur lebar yang meliputi 100 peratus isi rumah menjelang 2020, penduduk digital Malaysia memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan sosioekonomi negara, ” katanya pada pembukaan mesyuarat pertama Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York.

Mesyuarat itu dihadiri seramai 35 anggota yang terdiri daripada ahli sains terkemuka dan pakar dalam pelbagai bidang, termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains New York, Ellis Rubinstein, yang merupakan pemenang Hadiah Pulitzer dalam kewartawanan sains.

Najib yang sebelum itu melancarkan forum “Invest Malaysia New York 2011? di Bursa Saham New York, berkata Digital Malaysia akan meningkatkan pertumbuhan merentas semua sektor ekonomi dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk inovasi, pelaburan dan bakat.

“ Kami akan membangunkan ekosistem yang menggalakkan penggunaan meluas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam semua aspek ekonomi bagi membolehkan masyarakat berhubung di peringkat dunia dan berinteraksi secara tepat masa, ” katanya.

GSIAC dijangkakan menyediakan input bernilai dan perspektif baharu untuk mengangkat ekonomi Malaysia menerusi inovasi, memanfaatkan kekuatan negara dalam ICT serta meningkatkan kemahiran dan pendidikan sains dan kejuruteraan.

Najib berkata kerajaan menyedari bahawa inovasi sangat penting dalam memastikan kemakmuran dan mempromosikan kebajikan rakyat dan alam sekitar, dan menambah bahawa ia komited untuk memajukan sains, teknologi dan inovasi dan menjadikannya pemacu pembangunan ekonomi dan memastikan kemampanannya.

“ Ia memerlukan langkah berani untuk membangunkan dan memanfaatkan sains dan teknologi dan mengukuhkan lagi kekuatan negara yang sedia ada, ” katanya.

Najib juga berkata Malaysia berjaya mengubah ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan dan perkhidmatan.

“ Dan kini kami komited merealisasikan matlamat Wawasan 2020 – ekonomi berpendapatan tinggi – menerusi Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP, ” katanya.

Najib berkata ini memerlukan jumlah pelaburan sebanyak US$444 bilion dan pertumbuhan tahunan enam peratus, menjana 3.3 juta pekerjaan berpendapatan tinggi dan latihan kemahiran.

“ Ia akan mengangkat Keluaran Negara Kasar Malaysia (GNI) daripada US$6, 700 pada 2009 kepada US$15, 000 pada 2020, ” kata Perdana Menteri yang mengilhamkan idea penubuhan majlis itu semasa melawat New York tahun lepas.

Rancangan itu katanya akan dipacu sektor swasta dan menyumbang 92 peratus daripada jumlah pelaburan, dan menambah kira-kira 27 peratus pelaburan akan disumberkan daripada pelaburan langsung asing.

Sejumlah 12 sektor yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara ialah minyak, gas, tenaga, minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan runcit, pelancongan, ICT, perkhidmatan pendidikan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta, pertanian dan Greater Kuala Lumpur.

Najib berkata Malaysia perlu menjana aktiviti ekonomi bernilai tinggi dengan menghubungkan bandar dan kampung untuk masa depan menerusi ICT. Namun, matlamat negara bukan semata-mata meningkatkan teknologi dan pertumbuhan ekonomi, malah meliputi peningkatan kualiti hidup dan kebajikan semua rakyat, katanya.

Mengenai panel penasihat itu, Najib berkata beliau menunggu untuk menerima nasihat bernilai tambah dan sokongan aktif ketika Malaysia melangkah ke depan.

Beliau berkata majlis itu akan berperanan sebagai platform untuk mencapai objektif, seperti memberi nasihat terhadap aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi berasaskan sains dan inovasi. Ia juga akan menjadi penanda aras daya saing dan ranking Malaysia dalam sains dan inovasi berbanding negara maju lain serta meningkatkan keupayaannya dalam bidang itu serta usaha sama dengan pakar dan pemimpin dunia. -BERNAMA-

Petikan akhbar di atas menerangkan kepada kita tentang betapa ekonomi digital hari ini sangat mengagumkan dan hebat, pantas dengan menyumbang 35 peratus kepada dagangan dunia berjumlah US$17 trilion pada 2009. Perolehan e-dagang global adijangka kan mencecah US$3.8 trilion menjelang 2020!

Sumber: https://www.usahawan.com/umum/apa-itu-ekonomi-digital.html/

APA ITU EKONOMI DIGITAL 1

PUTRAJAYA 7 Okt. – Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia kini memasuki fasa ketiga bermula tahun depan dengan tumpuan diberikan kepada penjanaan ekonomi digital yang inovatif ke arah mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dijangka memberi sumbangan sebanyak 10.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 2015. Katanya, pada masa ini ekonomi digital menyaksikan perkembangan menakjubkan serta pantas dengan tahun lalu sahaja menyumbang 35 peratus kepada dagangan dunia yang berjumlah AS$$17 trilion dengan perolehan e-perdagangan mencecah sehingga AS$$3.8 trilion menjelang 2020.

‘‘ Berdasarkan kepada perbincangan hari ini, kami sampai kepada kesimpulan bahawa bagi mengorak langkah ke hadapan, ia memerlukan kita memulakan usaha ke arah ekonomi digital inovatif, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan (ICM) ke-22 dan Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia ke-13 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili; Pengerusi MSC Malaysia, Tan Sri Abdul Halim Ali: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

IAP mengumpulkan pemikir, tokoh korporat dan pakar akademik dunia yang memberi nasihat dan cadangan kepada kerajaan untuk membangunkan MSC Malaysia dan industri ICT di negara ini.

Anggota panel yang hadir ialah Pengasas BBWorld Consulting Services Sarl, Dr. Robert Bishop; Pengurus Besar Eksekutif Saluran Kanak-kanak Al-Jazeera, Mahmoud Bouneb; Pengerusi Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim, Rajendra K. Pachauri; Pengerusi School Energy Initiatives, Dr. John Cage dan Profesor William F. Miller dari Universiti Stanford.

Perdana Menteri berkata, inisiatif pembangunan fasa kedua MSC Malaysia yang akan lengkap hujung tahun ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

‘‘ Dalam fasa tersebut, MSC Malaysia telah meletakkan batu asas ke arah pembangunan infrastruktur, syarikat-syarikat dan tenaga profesional yang mampu memacu perubahan dalam mencapai sasaran- sasaran yang ditetapkan oleh negara, ” katanya.

Beliau berkata, pembangunan fasa berkenaan telah menyumbang sebanyak RM35 bilion bagi KDNK untuk tempoh 2004 dan 2010, menyediakan sejumlah 83, 000 peluang pekerjaan dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT global serta mewujudkan sub-sektor baru dan membina usahawan kelas baru.

Lanjutan daripada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sasaran kerajaan sekarang dalam menumpukan ekonomi digital inovatif ialah merangsang kreativiti manusia dengan teknologi baru, pasaran dan peluang-peluang.

‘‘ Ini akan menjadi pemangkin kepada inovasi dalam produk, perkhidmatan dan proses; meningkatkan produktiviti individu dan perniagaan selain melonjakkan daya saing dalam ekonomi digital global.

‘‘ Perancangan rapi dan penggunaan strategi digital yang berjaya adalah suatu kemestian bagi memastikan Malaysia terus dapat bersaing dan berjaya di arena antarabangsa, ” katanya. -UTUSAN-

Di atas adalah petikan surat khabar baru-baru ini. Heboh diperkatakan tentang potensi ekonomi digital ini tapi apa sebenarnya yang anda faham dengan ekonomi digital?

Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan dan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi (TIK) akhir–akhir ini dirasakan hampir dalam setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagaimana setiap kemajuan teknologi komunikasi yang lain, internet masuk ke berbagai bentuk kehidupan masyarakat. Teknologi internet berkembang dalam sebuah ‘dunia’ atau ‘ruang maya’ atau sering disebut sebagai cyber-space, sebuah dunia atau tempat orang dapat berkomunikasi, ‘bertemu’, dan melakukan berbagai aktiviti ekonomi melahirkan masyarakat baru yang dinamakan masyarakat informasi (information society) atau masyarakat berpengetahuan (knowledge society/knowledge-based society). Pada mulanya, teori ekonomi fundamental lama berlandaskan pada faktor-faktor fizik, tenaga kerja dan modal (tanah, wang, dan manusia). Tetapi sekarang, faktor-faktor intelektual berupa ilmu pengetahuan dan teknologi, kreativiti, dan berbagai bentuk modal inovatif yang mengawal dunia.

Pendek kata, ekonomi digital adalah suatu hal yang kompleks dan merupakan fenomena yang baru muncul terkait dengan aspek-aspek ekonomi mikro, ekonomi makro, dan teori organisasi dan administrasi. Ekonomi digital akan menjelaskan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi beberapa dekad yang akan datang.

Berbicara tentang ekonomi digital, tidak lengkap sekiranya tidak menyentuh topik Akta Ekonomi Digital yang telah diluluskan sebelum pembubaran Parlimen UK pada 12 April 2010. Akta tersebut mampu untuk menjangkau jauh implikasi untuk pengguna internet, terutama sesiapa yang melanggar undang-undang hak cipta, sama ada mereka sedar atau tidak. Ia mungkin bermakna bahawa pesalah mengulangi yang akhirnya diharamkan daripada menggunakan Web seumur hidup.

Sumber: https://www.usahawan.com/umum/apa-itu-ekonomi-digital.html/