"BLOG INI KHAS UNTUK PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN.TERIMA KASIH KERANA JADI PENGGUNA BIJAK"

SYARIKAT TAK LAKSANA PELABURAN DIGITAL BERDEPAN RISIKO

KUALA LUMPUR: Syarikat yang masih tidak memulakan langkah dalam pelaburan digital dijangka paling berisiko terkesan susulan ledakan perniagaan digital tahun ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan Dimension Data, 'blockchain', bersama dengan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, robotik dan realiti maya berpotensi untuk mengganggu rantaian perniagaan sedia ada dan membentuk semula perniagaan digital pada tahun ini.

Bagaimanapun, laporan itu mendedahkan, trend paling mendapat perhatian adalah penggunaan 'Blockchain' - teknologi di sebalik Bitcoin - dan potensinya untuk mengganggu dan mengubah dunia mata wang, perniagaan dan masyarakat menggunakan pelbagai aplikasi.

Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan Dimension Data, Ettienne Reinecke, berkata 'Blockchain' semakin kuat dari hari ke hari.

"Tahun 2016, ketika kita lihat trend perniagaan digital mendominasi pada 2017, kami meramalkan bahawa model transaksi berpusat akan diserang. Ramalan kami tepat.

"Di sektor perkhidmatan kewangan, kami melihat pasaran modal Amerika Syarikat (AS) dan Eropah bergerak ke platform Blockchain, dan aktiviti serupa di pasaran seperti Jepun.

"Ironinya, penjenayah siber yang melakukan serangan ransomware WannaCry baru-baru ini boleh menguasai sebuah kerajaan persekutuan dan menuntut untuk dibayar dalam Bitcoin," katanya dalam laporan itu.

Bitcoin mungkin adalah mata wang kripto tetapi berdasarkan Blockchain dan jika penjenayah siber yakin bahawa Bitcoin menyediakan mekanisme selamat untuk pembayaran tebusan, ia menunjukkan betapa selamatnya sektor Blockchain.

"Saya percaya Blockchain berpotensi untuk benar-benar mengubah keselamatan siber, bagaimanapun industri itu belum benar-benar memenuhi syarat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Dimension Data Malaysia, Henrick Choo berkata tahun 2018 akan menjadi tahun yang menarik bagi perusahaan digital di Malaysia.

"Banyak perniagaan di negara ini sedang menuju ke arah transformasi digital dan kami melihat peningkatan yang ketara dalam perniagaan mereka untuk membina pendekatan inovatif yang memanfaatkan Blockchain dan AI," katanya.

Info

*Teknologi tanpa wayar termasuk 5G dan Gbps Wi-Fi, teknologi suar maya dan frekuensi radio jarak jauh antara trend dijangka berlaku tahun 2018

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2018/01/369551/syarikat-tak-
laksana-pelaburan-digital-berdepan-risiko

Tiada ulasan: