"BLOG INI KHAS UNTUK PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN.TERIMA KASIH KERANA JADI PENGGUNA BIJAK"

APA ITU EKONOMI DIGITAL 1

PUTRAJAYA 7 Okt. – Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia kini memasuki fasa ketiga bermula tahun depan dengan tumpuan diberikan kepada penjanaan ekonomi digital yang inovatif ke arah mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dijangka memberi sumbangan sebanyak 10.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 2015. Katanya, pada masa ini ekonomi digital menyaksikan perkembangan menakjubkan serta pantas dengan tahun lalu sahaja menyumbang 35 peratus kepada dagangan dunia yang berjumlah AS$$17 trilion dengan perolehan e-perdagangan mencecah sehingga AS$$3.8 trilion menjelang 2020.

‘‘ Berdasarkan kepada perbincangan hari ini, kami sampai kepada kesimpulan bahawa bagi mengorak langkah ke hadapan, ia memerlukan kita memulakan usaha ke arah ekonomi digital inovatif, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan (ICM) ke-22 dan Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia ke-13 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili; Pengerusi MSC Malaysia, Tan Sri Abdul Halim Ali: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

IAP mengumpulkan pemikir, tokoh korporat dan pakar akademik dunia yang memberi nasihat dan cadangan kepada kerajaan untuk membangunkan MSC Malaysia dan industri ICT di negara ini.

Anggota panel yang hadir ialah Pengasas BBWorld Consulting Services Sarl, Dr. Robert Bishop; Pengurus Besar Eksekutif Saluran Kanak-kanak Al-Jazeera, Mahmoud Bouneb; Pengerusi Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim, Rajendra K. Pachauri; Pengerusi School Energy Initiatives, Dr. John Cage dan Profesor William F. Miller dari Universiti Stanford.

Perdana Menteri berkata, inisiatif pembangunan fasa kedua MSC Malaysia yang akan lengkap hujung tahun ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

‘‘ Dalam fasa tersebut, MSC Malaysia telah meletakkan batu asas ke arah pembangunan infrastruktur, syarikat-syarikat dan tenaga profesional yang mampu memacu perubahan dalam mencapai sasaran- sasaran yang ditetapkan oleh negara, ” katanya.

Beliau berkata, pembangunan fasa berkenaan telah menyumbang sebanyak RM35 bilion bagi KDNK untuk tempoh 2004 dan 2010, menyediakan sejumlah 83, 000 peluang pekerjaan dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT global serta mewujudkan sub-sektor baru dan membina usahawan kelas baru.

Lanjutan daripada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sasaran kerajaan sekarang dalam menumpukan ekonomi digital inovatif ialah merangsang kreativiti manusia dengan teknologi baru, pasaran dan peluang-peluang.

‘‘ Ini akan menjadi pemangkin kepada inovasi dalam produk, perkhidmatan dan proses; meningkatkan produktiviti individu dan perniagaan selain melonjakkan daya saing dalam ekonomi digital global.

‘‘ Perancangan rapi dan penggunaan strategi digital yang berjaya adalah suatu kemestian bagi memastikan Malaysia terus dapat bersaing dan berjaya di arena antarabangsa, ” katanya. -UTUSAN-

Di atas adalah petikan surat khabar baru-baru ini. Heboh diperkatakan tentang potensi ekonomi digital ini tapi apa sebenarnya yang anda faham dengan ekonomi digital?

Seperti yang kita sedia maklum, perkembangan dan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi (TIK) akhir–akhir ini dirasakan hampir dalam setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagaimana setiap kemajuan teknologi komunikasi yang lain, internet masuk ke berbagai bentuk kehidupan masyarakat. Teknologi internet berkembang dalam sebuah ‘dunia’ atau ‘ruang maya’ atau sering disebut sebagai cyber-space, sebuah dunia atau tempat orang dapat berkomunikasi, ‘bertemu’, dan melakukan berbagai aktiviti ekonomi melahirkan masyarakat baru yang dinamakan masyarakat informasi (information society) atau masyarakat berpengetahuan (knowledge society/knowledge-based society). Pada mulanya, teori ekonomi fundamental lama berlandaskan pada faktor-faktor fizik, tenaga kerja dan modal (tanah, wang, dan manusia). Tetapi sekarang, faktor-faktor intelektual berupa ilmu pengetahuan dan teknologi, kreativiti, dan berbagai bentuk modal inovatif yang mengawal dunia.

Pendek kata, ekonomi digital adalah suatu hal yang kompleks dan merupakan fenomena yang baru muncul terkait dengan aspek-aspek ekonomi mikro, ekonomi makro, dan teori organisasi dan administrasi. Ekonomi digital akan menjelaskan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi beberapa dekad yang akan datang.

Berbicara tentang ekonomi digital, tidak lengkap sekiranya tidak menyentuh topik Akta Ekonomi Digital yang telah diluluskan sebelum pembubaran Parlimen UK pada 12 April 2010. Akta tersebut mampu untuk menjangkau jauh implikasi untuk pengguna internet, terutama sesiapa yang melanggar undang-undang hak cipta, sama ada mereka sedar atau tidak. Ia mungkin bermakna bahawa pesalah mengulangi yang akhirnya diharamkan daripada menggunakan Web seumur hidup.

Sumber: https://www.usahawan.com/umum/apa-itu-ekonomi-digital.html/

Tiada ulasan: