"BLOG INI KHAS UNTUK PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN.TERIMA KASIH KERANA JADI PENGGUNA BIJAK"

FAHAMI HAK PENGGUNA KETIKA URUSNIAGA DALAM TALIAN

PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) -- Generasi muda perlu memahami hak serta memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing terutamanya apabila berurusan di dalam talian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, kesedaran dan pengetahuan mengenai perkara berkaitan hak pengguna apabila berurusan secara dalam talian boleh mengelakkan penipuan.

"Rakyat hendaklah jelas dengan kuasa pengguna yang mereka miliki, bijak dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam situasi tertentu terutamanya apabila berhadapan dengan kes-kes penipuan dalam talian," katanya dalam ucapan pada Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini.

Teks ucapan Hamzah dibacakan oleh timbalannya, Datuk Henry Sum Agung.

Hamzah berkata tema sambutan pada kali ini iaitu 'Menjadikan Pasaran Digital yang Lebih Adil' bertujuan memberi penekanan kepada hak pengguna dalam dunia digital masa kini.

Sumber: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1444990

Tiada ulasan: